Search This Blog

Monday, September 10, 2012

Majlis Sumbangan Hari Raya Eidulfitri 1433H kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Saudara Muslim 2012

Pada 20 Ogos 2012 telah diadakan Majlis Sumbangan Hari Raya Eidulfitri 1433H kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal di kariah Wangsa Maju dan Saudara Muslim yang telah menerima hidayah di Masjid Usamah Bin Zaid di Dewan Solat Utama Masjid. Seramai 80 orang telah menerima sumbangan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid iaitu Tuan Haji Hazaruddin bin Baharuddin yang juga merangkap Imam Besar Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pelbagai saranan dan nasihat telah disampaikan oleh beliau bagi memastikan aktiviti yang dirancang oleh masjid memberikan impak kepada anak kariah Wangsa Maju. Berikut adalah selayang pandang daripada admin sebagai tanda kenang-kenangan kepada pengunjung setia Blog ini.
wallahua'alam... putra al-amin Remy

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid