Search This Blog

Friday, December 8, 2017

"FORUM SANTAI" SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU

07 DISEMBER 2017- Telah berlangsung satu program "Forum Santai" di Masjid Usamah Bin Zaid sempena menyambut bulan kelahiran junjungan besar Baginda S.A.W. Satu forum yang terdiri dari 3 orang panel yang dijemput khas bagi mengupas dan mengimbau sejarah Baginda S.A.W. Selain itu, diselangi dengan selawat beramai, qasidah dan alunan bacaan al-Quran bagi menambahkan lagi kecintaan  kepada Baginda Nabi S.A.W.



PROGRAM CUTI SEKOLAH "KEM ABQARIY') MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU

27 November- 07 Disember - Seperti tahun-tahun yang lepas, Masjid Usamah Bin Zaid akan menganjurkan kem untuk pelajar sempena cuti sekolah. Program ini berlangsung selama 2 minggu (isnin hingga khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti ice-breaking, kerja dalam kumpulan, hafazan, solat dan sebagainya. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan meriah bukan sahaja daripada penduduk Wangsa Maju bahkan penduduk di luar, seperti Keramat, Setapak, Taman Melati dan Wangsa Melawati. Program ini disediakan untuk pelajar yang berumur 7 hingga 12 tahun.



Tuesday, May 2, 2017

SUMBANGAN IHYA' RAMADHAN 1438H/2017 MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU KUALA LUMPUR

Assalamualaikum w.b.t. Bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh barakah tidak lama lagi, Pihak Pengurusan Masjid Usamah Bin Zaid telah mengedarkan borang untuk sesiapa yang ingin:

1) MENAJA JAMUAN BERPUBA PUASA & MOREH

2) SUMBANGAN TAHLIL

3) LAIN-LAIN SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI BULAN RAMADHAN

Sebuhungan itu, borang tersebut boleh didapati di pejabat pentadbiran masjid atau peti poster di dadalm dewan solat.

Sekian terima kasih.
harap maklum..

Friday, April 28, 2017

KARNIVAL CHECK-IN MASJID USAMAH BIN ZAID

22 - 24 April 2017- Program karnival chek-in Masjid Usamah Bin Zaid dengan Kerjasama Green Dome ini telah berlangsung selama 3 hari dengan pelbagai pengisisan menarik untuk pelbagai lapisan masyarakat. Ada program untuk anak-anak seperti pertandingan mewarna, azan & iqamah serta hafazan surah-surah pilihan. Selain itu, diselitkan juga program Isra' & Mikraj, Kelas pengajian untuk wanita dan lelaki. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik oleh orang ramai. Program ini juga telah Dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.






Thursday, April 13, 2017

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid