Search This Blog

Monday, March 29, 2010

AKTIVITI MINGGUAN MASJID USAMAH BIN ZAID

Usrah Sukan yang dianjurkan oleh MUBZ, sebahagian daripada jemaah yang hadir bagi menyahut cabaran pihak Pengurusan MUBZ yang sering menanamkan sifat kesihatan dalam diri jemaah.
ألعقل السليم في جسم السليم
Antara gandingan beregu yang menjadi tumpuan di Arena DBKL sepanjang permainan.

gandingan mantap kakitangan Masjid Usamah bin Zaid.

suasana yang amat menggalakkan di Arena DBKL Wangsa Maju dengan penampilan mutu permainan yang ditunjukkan oleh warga Masjid Usamah Bin Zaid bersama Jemaah.

Sunday, March 28, 2010

CERAMAH KHAS BULAN MAC YANG LALU.....

YBhg Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sewaktu menyampaikan syarahan yang bertajuk 'ISLAM DAN MELAYU DIDALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA'
santapan jasmani mengiringi santapan rohani.

Petugas khas yang bertungkus lumus menjayakan ceramah bulanan khas Masjid Usamah Bin Zaid.

Jemaah muslimat turut memeriahkan ceramah yang dianjurkan oleh Pihak Pengurusan Masjid Usamah Bin Zaid.

Hadirin yang hadir amat memberangsangkan.jemaah amat terhibur dengan kupasan yang telah disamapikan oleh Prof.

Saturday, March 27, 2010

KUPASAN PROF. DR. ABDUL AZIZ BARI CUKUP MEMBERI MAKNA YANG JELAS KEPADA JEMAAH


Wangsa Maju, 25 mac 2010..Masjid Usamah Bin Zaid sekali lagi telah mengubah method dakwah agar ia lebih memberi kesan yang mendalam kepada ahli kariah khususnya dan masyarakat umumnya. Pihak Pengurusan Masjid telah menggunakan medium dakwah ini dengan menjemput ahli-ahli akademik yang mempunyai keistimewaan (authority) untuk datang memberi kupasan berbentuk kuliah untuk jemaah semata-mata memberi pendedahan awal dan taklimat berkenaan isu-isu yang menjadi tanda tanya dikalangan masyarakat dan jemaah. Pada hari khamis yang lalu Pihak Pengurusan Masjid telah menjemput Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai penceramah yang membicarakan kuliah yang bertajuk KEDUDUKAN MELAYU ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Tajuk yang telah dibicarakan ini adalah amat penting kerana ia melibatkan permasalahan kehidupan setiap insan yang beragama islam. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari telah berjaya mengupas dan membuka mata dan fikiran ahli kariah betapa peri pentingnya perlembagaan dan perundangan dalam islam di negara kita ini. dalam kuliah maghrib yang telah disampaikan oleh beliau untuk jemaah Masjid Usamah Bin Zaid, beliau telah menggariskan 8 elemen perundangan dan perlembagaan yang amat penting daripada elemen yang lain bagi umat islam di negara ini.
Antara elemen yang telah diwacanakan ialah :
  • Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi; undang-undang lain perlu selaras dengan perlembagaan. Perlembagaan merangkum Perlembagaan Persekutuan dan 13 perlembagaan negeri yang lain.
  • Perkembangan perlembagaan bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke 15M, Kesultanan Johor (1895), Kesultanan Terengganu (1911) dan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Selepas merdeka ia terus berkembang dengan pembentukan Malaysia (1963) dan seterusnya. Apa yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobbold adalah kehendak rakyat sendiri.
  • Islam adalah sebahagian daripada perlembagaan. Selain peruntukan dalam perlembagaan negeri mengenai Raja-Raja peruntukan mengenai Islam terkandung di bawah Per.3, 11, 12, 121(1A), 150(6A), 160(2) dan Jadual Kesembilan. Islam juga dimasukkan ke dalam pelbagai peruntukan undang-undang di peringkat persekutuan dan negeri: akta & enakmen. Dengan itu Islam telah menjadi sebahagian daripada undang-undang negara.
  • Islam menjadi tunjang kepada definisi Melayu. Ini penting kerana ada banyak peruntukan mengenai Melayu: dalam perlembagaan negeri (MB & SUK), bahasa Melayu (Per.152), kedudukan istimewa Melayu (Per.153), Rejimen Askar Melayu (Per.8(5)(f), Tanah Rezab Melayu (Per.89); dll.
  • Islam juga menjadi tiang seri institusi Raja yang mempunyai peranan mempertahankan peruntukan mengenai Islam dan Melayu: Majlis Raja-Raja; Per.38 dan 159(5)
  • Islam boleh dilaksanakan melalui kerangka perlembagaan. Apa yang perlu ialah sokongan dan dokongan rakyat supaya undang-undang sedemikian dapat diwujudkan oleh parlimen/DUN. Sokongan ini boleh diwujudkan melalui pendidikan dan politik. Rakyat perlu faham dan komited dengan Islam.
  • Peruntukan yang ada sedikit; tetapi ini semua boleh ditambah sekiranya rakyat menyokong usaha ini. Usaha memperkasa Islam perlu dijalankan dengan telus dan demokratik. Ia tidak harus melalui pendekatan memaksa. Ketika ini belum semua peruntukan yang ada itu telah dimunafaatkan.
  • Apa yang penting ialah iklim dan persekitaran yang sesuai supaya perlembagaan berkembang mengikut kehendak Islam. Usaha ini perlu bermula dalam diri, keluarga dan masyarakat. Peruntukan perlembagaan tidak bermakna jika masyarakat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam. Kekuatan sebanyak 60 peratus sudah memadai. Tetapi mereka perlu menunjukkan kualiti, bukan sekadar kuantiti.

Tuesday, March 23, 2010

PROGRAM KLINIK SOLAT SIRI 1 2010 MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU


Penglibatan fasilitator dan urusetia program melicinkan lagi klinik solat yang telah dijalankan pada hari sabtu yang lalu dibawah pengurusan pengarah program.


Penyampaian sijil dan sumbangan kepada pihak fasilitator yang telah bekerjasama dengan pihak masjid

Antara aktiviti yang telah dijalankan bagi mengenal pasti para peserta mendapat pendedahan yang lengkap

fasilitator dan penceramah tidak ketinggalan menjamu selera selepas keletihan mencurah bakti



Peserta dengan penuh khusyuk mendengar penerangan yang jitu daripada Ustzh Fadhilah



o0o...... begitu rupanya cara angkat takbir yang telah diajar oleh imam syafie ye... Us..


Peserta juga disajikan dengan sarapan pagi yang enak dari pihak penganjur ye... sebelum mendapat sajian rohani tau... best oooo... sape nak masuk nnt jgn lupa selalu layari laman blospot masjidusamahbinzaid.blogspot.com yer...

Tuesday, March 16, 2010


CERAMAH KHAS BULANAN
MASJID USAMAH BIN ZAID
TAJUK:
KEDUDUKAN MELAYU ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENCERAMAH:
PROF DR. ABDUL AZIZ BARI
(PENSYARAH UIAM)
TEMPAT:
DEWAN SOLAT UTAMA
MASJID USAMAH BIN ZAID
MASA:
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TARIKH:
25/03/2010 (KHAMIS)
JAMUAN DISEDIAKAN
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR.

Friday, March 12, 2010

LAWATAN KAKITANGAN MASJID USAMAH BIN ZAID BAGI MENYERAHKAN CENDERAHATI KEPADA SALAH SEORANG IMAM RAWATIB YG BARU SAJA DIANUGERAHKAN CAHAYA MATA

Cenderahati daripada staft masjid, penyanpaian disampaikan oleh ketua imam

staft masjid khusyuk mengaminkan doa agar diberkati Allah segala majlis yang diadakan

Antara yang hadir dalam lawatan staft masjid

cahaya mata pertama imam rawatib mubz yang baru dilahirkan pada hari isnin 08/03/2010 isnin jam 10.49 mlm.



Thursday, March 11, 2010

MASJID USAMAH BIN ZAID,
NO8, JALAN 2/27A WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR.
SEJARAH PENUBUHAN:
Masjid Usamah bin Zaid telah dibina pada 12 Mac 2004 oleh kontraktor yang telah di pilih oleh pihak DBKL.terdapat banyak rintangan yang dilalui sepanjang pembinaan masjid ini. sehinggalah, pada 16 Oktober 2008 masjid yang diberi nama Usamah Bin Zaid telah memulakan operasi sepenuhnya dengan laungan Azan pertama pada waktu Maghrib yang berkumandang dari corong-corong speaker masjid berbilalkan Us Mohammad Raimi Bin Zainal serta di imamkan oleh Us Hj Murshidi Bin Abd Hamid merangkap Ketua Imam Masjid Usamah. selain itu, bacaan Yaasin, Tahlil dan Ayat-Ayat Suci Al-Quran serta Zikir menjadi petanda pertama pembukaan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju bagi meneruskan dan mengembangkan serta memajukan institusi dakwah bagi masyarakat Wangsa Maju. Pembinaan Masjid Usamah yang dibina asas takwa ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari segenap lapisan masyarakat.
Upacara penyerahan bagunan masjid cari DBKL kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 12 Ogos 2008 jam 11.00 pagi. seterusnya pihak jawi telah meletakkan masjid Usamah Bin Zaid ini sebagai masjid dibawah pentadbiran pusat zon 4, masjid ini juga akan menjaga masjid2 yang berada di sekitar zon 4 antaranya ialah, Masjid Mu'adz Bin Jabal, Wangsa Maju, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Sri Rampai, Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Masjid Jame'ul Ehsan, Masjid Al-Akram, Dato Keramat, Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa dan 2 buah masjid yang berada di bawak kementerian lain iaitu PDRM dan TENTERA.
Kepadatan jemaah bagi Masjid Usamah Bin Zaid ini juga mencecah sebanyak 8000 jemaah baggi satu-satu masa. Masjid yang dibina diatas keluasan 448618 kp ini mempunyai kompenen yang lengkap bagi memudahan segala urusan antaranya jejantas yang dibina bagi memberi keselesaan kepada jemaah melintasi jalan yang sesak, 1 blok masjid 3 tingkat yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, dewan solat dan ruang bermasyarakat, 1blok sekolah agama 2 tingkat dan 1 blok kuarters 4 unit yang memberi keselesaan Pentadbir Masjid dan memudahkan urusan ahli kariah.

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid