Search This Blog

Wednesday, November 26, 2014

LAWATAN MAHABBAH MASJID SULTAN ABU BAKAR DI MASJID USAMAH BIN ZAID

24hb November- Lawatan daripada Masjid Sultan Abu Bakar, Temerloh Pahang. Rombongan seramai 44 orang membuat kunjungan hormat di Masjid Usamah dan bertukar-tukar pengalaman dalam mengurus hal ehwal masjid.



Friday, November 21, 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Bakal bertemu semula:-)..
Penyertaan adalah  terhad.. Moh kite ke Masjid..

Monday, November 10, 2014

MAJLIS KESYUKURAN ANUGERAH MASJID MALAYSIA 2014 (06.11.14)

6hb Oktober-Majlis kesyukuran sempena anugerah masjid Malaysia. Terima kasih kerana memberi sokongan.



Friday, October 31, 2014

LAWATAN KERJA DELEGASI PEGAWAI HAL EHWAL MASJI BRUNEI (30.10.14)

30hb Oktober- Masjid Usamah telah menerima kunjungan hormat daripada kerajaan Brunei Darus Salam. Kehadiran seramai lima orang terdiri daripada pelbagai agensi bagi melihat pentadbiran masjid yang telah memenangi beberapa anugerah. Perjumpaan hampir dua jam membincangkan pelbagai aspek hal pengurusan masjid. Di akhir perjumpaan Ketua Imam Y.Bhg Tn Haji Murshidi merakamkan penghargaan dengan memberi cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.




IJTIMAK MUNAJAT JABATAN PENDIDIKAN WILYAH PERSEKUTUAN (30.10.14)

30hb Oktober-Masjid dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Ijtima' Munanjat Pelajar bagi peperiksaan SPM dan STPM. Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Hj Mohd Nor Ketua Sektor Pendidikan Islam. Ketua Imam Y.Bhg Tuan Hj Murshidi telah mengetuai bacaan yasin dan solat hajat bagi para peserta.




LAWATAN RASMI JABATAN AGAMA ISLAM SERAWAK (29.10.14)

29hb Oktober-Masjid Usamah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. Rombongan seramai 20 orang di ketuai oleh YBhg Tuan Haji Abang Burhanuddin bin Abang Mohsin, Ketua Penolong Pengarah Kanan (JAIS). Delegasi diberi taklimat oleh YBhg Tuan Haji Murshidi bin Abd Hamid, Ketua Imam. Taklimat menjurus kepada perkongsian pengalaman masjid dari sudut kebersihan tandas dan prasarana yang ada di Masjid Usamah. Di akhir pertemuan pihak masjid memberi cenderahati kenang-kenangan kepada ketua rombongan.




Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid