Search This Blog

Tuesday, May 22, 2012

PELANCARAN BULETIN AL-MISBAH PENTADBIRAN PUSAT ZON 4 DI MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU KUALA LUMPUR

Pada 18 Mei 2012 telah diadakan Pelancaran Buletin Al-Misbah Bersama MAPEMS Setiawangsa disamping perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak dan Sudut ilmu di Masjid ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) dan YB Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa Penasihat MAPEMS Setiawangsa. Selain itu, Majlis ini juga telah dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Bahagian di JAWI, Ahli Jawatankuasa Masjid / Surau di bawah Pentadbiran Pusat Zon 4, Guru Besar Sekolah, Imam dan Bilal Ratib serta Kakitangan Masjid di seluruh Zon 4 hadir bagi menjayakan program ini. Semoga ianya menjadi wadah dan syiar islam di pentadbiran zon ini.
Wallahua'lam....

Wednesday, May 9, 2012

Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim Di Sabak Bernam Oleh Para Jemaah Masjid Usamah Bin Zaid

Pada 29 April 2012 telah diadakan lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim di Sabak Bernam Selangor. Ianya program yang julung kali diadakan melibatkan Hal Ehwal Wanita dan Jemaah Masjid Usamah Bin Zaid. Semoga program ini memberikan pengalaman dan pengajaran kepada para jemaah yang turut serta didalam program tersebut. Berikut adalah gambar-gambar program yang telah diambil semoga ianya menjadi kenangan pada semua jemaah
wallahua'alam...

Friday, May 4, 2012

CERAMAH BULANAN KHAS ( MEMAHAMI ISLAMOPHOBIA ) 03 MEI 2012

badaal islam ghariban wasayauduu gharib
maksudnya : islam datang dalam keadaan dagang dan kembali dalam keadaan dagang
Pada 03 Mei 2012 Khamis malam Jumaat telah diadakan Ceramah Khas Bulanan Bulan Mei 2012 yang diadakan di Dewan Solat Utama Masjid. Hampir 300 orang hadir bagi mendengar topik yang hangat pada masa kini iaitu MEMAHAMI ISLAMOPHOBIA yang kini berlaku di Eropah dan Malaysia sekarang. Pelbagai perkara negatif yang berlaku apabila wujudnya sifat Islamophobia di kalangan orang yang bukan islam yang semakin menebal sehingga kini.Ingin mendapatkan maklumat dan kertas kerja mengenai Islamophobia melalui Google Document : username : Islamophobiazulkifli password :Myislamophobia semoga ianya menjadi rujukan berguna untuk kita semua. Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang program berlangsung

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid