Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Gambar Kenangan

Ibadah qurban tahun 1431H telah melabuhkan tirainya....saksikan gambar-gambar kenangan..program tersebut


Friday, November 26, 2010

Monday, November 22, 2010

Solat hari Raya Aidiladha 1431H

Sekilas pandang solat hari raya Aidiladha di Masjid Usamah Bin Zaid.....











Berkorban Apa Sahaja....aka Ibadah Qurban dan Akikah 1431H Di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur

Hari Raya Aidiladha 1431H merupakan kali kedua diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid. Dengan penyertaan yang amat membanggakan kerana ramai jemaah yang turun padang pada hari tersebut bagi meraikan ibadah korban dan solat hari raya. Kapasiti jemaah yang ramai menjadikan ibadah korban pada tahun ini amat memberangsangkan dengan 7 ekor lembu ditumbangkan dan seekor kambing yang telah disedekahkan oleh salah seorang jemaah menjadikan program lebih bermakna. Semua jemaah telah dijemput menjamu selera selepas solat zohor berjemaah.




















Malam Hari Raya Aidiladha Di Rumah Ustaz Nashul Bilal Masjid Usamah Bin Zaid

Pada malam Hari Raya Aidiladha kakitangan masjid dan jemaah telah menghadiri undangan takbir malam raya dirumah ustaz Nashul merangkap bilal Masjid Usamah bin Zaid. Alhamdulillah pada malam tersebut telah dihidang hidangan seadanya. Semoga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga









Majlis Perkahwinan Kakitangan Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa Ustaz Fadhli

Pada 14 November Kakitangan Masjid Usamah Bin Zaid serta Kakitangan Zon merangkap pegawai zon dan masjid-masjid sekitar Zon telah menghadiri majlis perkahwinan Ustaz Mohd Fadhli bertempat di Hulu Langat Selangor. Semoga perkahwinan beliau kekal hingga ke syurga. Amin.....^_^






Menempah Lembu Korban

Pada 14 November 2010 Pihak masjid bersama dengan jemaah telah ke ladang ternakan lembu dan kambing disalah satu pembekal di gombak KL. Lebih kurang seramai 9 orang telah menghadiri aktiviti menempah lembu sempena ibadah korban itu nanti














Ketibaan Penyelaras Zon 4 ( Menanggung Tugasan ) di Masjid Usamah Bin Zaid

Alhamdulillah tanggal 1 November 2010 salah seorang pegawai baru telah ditempatkan di Pusat Zon 4, Masjid Usamah Bin Zaid. Beliau ialah Ustaz Mohd Johar bin Abdullah yang akan menggantikan Ustaz Mohd Arif yang telah berpindah ke Jabatan Agama Islam Selangor. Segala tugasan yang berkaitan Zon mengenai Masjid dan surau-surau akan ditanggung oleh Us Johar selepas ini. Semoga kehadiran beliau merancakkan lagi program-program pengimarahan dan diberikan segala kemudahan pada masa depan. Insya-Allah


Monday, November 8, 2010

Video Majlis Perpisahan untuk Ustaz Ahmad Zahiruddin

Untuk tatapan dan penghargaan kepadanya



wallahua'alam...

Majlis Perpisahan Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi serta Meraikan Kakitangan Baru Us. Mohammad Khidir bin Ngah

Pada 6 November 2010 telah diadakan Majlis perpisahan Bilal, Ustaz Ahmad Zahiruddin bin Mohd Zabidi serta Meraikan kehadiran kakitangan Baru Ustaz Mohammad Khidir bin Ngah di dewan serbaguna Masjid. Majlis tersebut telah turut dihadiri Timbalan Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid, Ustaz Ahmad fishal bin Mohamed. Berikut adalah corat-coret sepanjang program tersebut.



Si cilik yang comel yang turut menghadiri program tersebut ( nyenyaknye dia tidur ^^)






Hidangan yang menjadi santapan pada majlis tersebut







Ustaz Khuzairi dan Ustazah Suria pasangan suami isteri yang menjadi Chef yang bertanggungjawab menyediakan hidangan pada program tersebut. Sedap dan sungguh menyelerakan..sampai bertapau-tapau dibuatnya...




Ibu-ibu merangkap isteri-isteri kepada kakitangan Masjid sedang bersiap siaga menyediakan juadah yang telah disediakan



Diraikan Ustaz Ahmad Zahiruddin ( berbaju T-Shirt ) dan Ustaz Mohammad khidir
( berbaju ala-ala raihan )




Ucapan perpisahan daripada ustaz ahmad zahiruddin




Sedapnya kek coklat ni ^_^

Monday, November 1, 2010

Panorama Masjid Usamah Bin Zaid pada waktu malam...

Untuk dikongsi kepada pembaca mengenai panorama Masjid pada waktu malam.Saksikan.










wallahua'alam
putra al-amin

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid