Search This Blog

Friday, December 8, 2017

"FORUM SANTAI" SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU

07 DISEMBER 2017- Telah berlangsung satu program "Forum Santai" di Masjid Usamah Bin Zaid sempena menyambut bulan kelahiran junjungan besar Baginda S.A.W. Satu forum yang terdiri dari 3 orang panel yang dijemput khas bagi mengupas dan mengimbau sejarah Baginda S.A.W. Selain itu, diselangi dengan selawat beramai, qasidah dan alunan bacaan al-Quran bagi menambahkan lagi kecintaan  kepada Baginda Nabi S.A.W.



PROGRAM CUTI SEKOLAH "KEM ABQARIY') MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU

27 November- 07 Disember - Seperti tahun-tahun yang lepas, Masjid Usamah Bin Zaid akan menganjurkan kem untuk pelajar sempena cuti sekolah. Program ini berlangsung selama 2 minggu (isnin hingga khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti ice-breaking, kerja dalam kumpulan, hafazan, solat dan sebagainya. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan meriah bukan sahaja daripada penduduk Wangsa Maju bahkan penduduk di luar, seperti Keramat, Setapak, Taman Melati dan Wangsa Melawati. Program ini disediakan untuk pelajar yang berumur 7 hingga 12 tahun.



Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid