Search This Blog

Saturday, October 30, 2010

Program Bumi Hijau Bersama Pengetua ,Guru-Guru dan Pelajar Sekolah Kebangsaan Zon R1, Wangsa Maju Kuala Lumpur

Pada hari Jumaat bersamaan 29 Oktober Sekolah Kebangsaan Zon R1, Wangsa Maju Kuala Lumpur telah mengadakan program Bumi Hijau di Masjid Usamah Bin Zaid. Ianya melibatkan pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 3 sekolah tersebut. Program yang diadakan ini bagi mengisi masa lapang para pelajar yang telah menduduki Peperiksaan PMR dan mendekatkan diri kepada masjid. Dalam masa yang sama memupuk semangat keindahan kepada persekitaran masjid.Terima kasih kepada semua yang terlibat kepada program tersebut.

















wallahua'alam
putra al-amin

Friday, October 29, 2010

Majlis Perpisahan Us. Mohd Arif bin Abd Samad Penyelaras Zon 4

Pada 28 oktober 2010 merupakan hari terakhir bagi Penyelaras Zon 4 Us. Arif bin Abd Samad berkhidmat di Masjid Usamah Bin Zaid dan akan berpindah ke Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ). Majlis ini juga telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah Us. Mamat bin Said, Pegawai-pegawai , kakitangan Masjid , Pengerusi-pengerusi Surau dan Masjid di Bawah Pentadbiran Zon 4. Berikut ialah corat-coret sepanjang majlis tersebut. Semoga Us Arif berjaya di tempat baru.




















wallahua'lam
putra al-amin

Friday, October 22, 2010

Program Bersama Y.Bhg Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Moderator Kalam Suci , Astro Oasis )

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Usamah Bin Zaid dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ) akan mengadakan program bersama Y.Bhg Ustaz Dzulkarnain Hamzah seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Oktober 2010 ( Jumaat )

= Kuliah Maghrib : Mengenal Diri


Tarikh : 30 Oktober 2010 ( Sabtu Pagi )

Bermula pada jam 3.30 pagi

Qiamulail Perdana

Kuliah Subuh : Mencari Sinar yang Hilang

Sehubungan itu muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Rugi bagi sesiapa yang tidak hadir mengikuti majlis ini

Tuesday, October 12, 2010

PEMBERITAHUAN PROGRAM KORBAN MASJID USAMAH BIN ZAID SEMPENA AIDILADHA AKAN DATANG

Sukacita dimaklumkan Bahawa Masjid Usamah Bin Zaid akan mengadakan Program Korban pada Aidiadha yang akan datang. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya HARGA BAGI SATU BAHAGIAN KORBAN SEBANYAK RM 350.00 sahaja.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 November 2010

Maklumat lanjut sila dapatkan borang pendaftaran di Pejabat Pentadbiran Masjid.

Muslimin dan Muslimat dijemput untuk menyertainya.

wallahua'alam...

Wednesday, October 6, 2010

Majlis Hari Raya Masjid Usamah Bin Zaid Dengan Kerjasama Pentadbiran Pusat Zon 4

Pada 2 Oktober 2010 telah diadakan Majlis Hari Raya Aidlifiti di Masjid Usamah Bin Zaid dengan Kerjasama Pusat Zon 4. Seramai 1200 orang jemaah hadir pada majlis tersebut. Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) Y.Bhg Dato' Che Mat bin Che Ali serta Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Sekitar Zon 4. Pelbagai juadah dan hidangan yang disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut serta jemputan 2 kumpulan nasyid bagi meraikan majlis tersebut. Berikut adalah sekilas pandang semepena Majlis tersebut.






Persediaan sebelum majlis bermula....Kelihatan Imam Masjid Usamah Bin Zaid Us. Mohd Norhaj sedang sibuk menyediakan slide untuk program pada malam itu.







Diantara gerai-gerai yang terlibat menyediakan juadah bagi diberikan kepada para tetamu




















Para jemputan dan muslimin muslimat yang hadir sepanjang majlis tersebut

Satu Pagi Dihari Raya 1431H / 2010 M

Alhamdulillah seusai sudah Bulan Ramadhan meninggalkan kita. Maka tibanya Aidilfitri yang disambut bersederhana di Masjid Usamah Bin Zaid, tetapi masih ada pegawai dan kakitangan yang sanggup bekorban demi tugasan di masjid ini. Sekilas pandang sekitar Hari Raya Di Masjid.Juga diadakan rumah terbuka yang telah diadakan di rumah Ketua Imam dan Pentadbir Tuan Haji Murshidi bin Abd Hamid.Sekadar Coretan dan Perkongsian



























Penyerahan Sumbangan Hari Raya Kepada Anak Yatim Dan Ibu Tunggal 1431H / 2010M

Pada 4 September 2010 telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Ibu Tunggal dan Anak Yatim di sekitar kariah Masjid Usamah Bin Zaid , Wangsa Maju. Tujuan utama penyerahan sumbangan ini adalah bagi meringankan sedikit bebanan kepada mereka bagi meraikan aidilfitri. Turut hadir di dalam Majlis ini ialah Pengerusi Masjid Tuan Haji Mazlan Bin Abdullah, Timbalan Pengerusi Tuan Haji Ahmad Fishal bin Mohamed serta Ahli-Ahli jawatankuasa Surau yang bernaung di Bawah Masjid Usamah Bin Zaid


























Majlis Khatam Al-Quran 1431H / 2010 M

Pada 4 September 2010 , Pihak Masjid telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Seramai 50 orang telah mnyertai Majlis tersebut yang diadakan pada jam 10.30 pagi. Berikut adalah sekilas pandang sepanjang Majlis tersebut : ^^

































Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid