Search This Blog

Monday, July 23, 2012

CERAMAH DIAMBANG RAMADHAN

Pada 12 Julai 2012 telah diadakan Ceramah Diambang Ramadhan sempena menyambut Ramadan Al-Akram sebagai wadah mencari ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh personaliti tv yang terkenal iaitu Dr. Zaharuddin bin Abd Hamid yang merupakan salah seorang pensyarah daripada Universiti Islam Antarabangsa.Pelbagai Ilmu telah dikongsikan oleh beliau untuk para jemaah yang hadir pada malam tersebut. Berikut adalah selayang pandang untuk tatapan pengunujung setia pembaca blog masjid ini
Wallahua'alam...

Monday, July 9, 2012

Bacaan Yassin Sempena Malam Nisfu Syaaban

Pada 04 Julai 2012 Rabu Malam Khamis telah diadakan di dewan Solat Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur.Bacaan Yassin ini telah dipimpin oleh Ketua Imam dan Ketua Pentadbir Masjid Tuan Haji Murshidi bin Abd Hamid. Seramai 250 orang yang majoriti terdiri daripada anak kariah di Wangsa Maju hadir bagi menjayakan program ibadah yang mulia ini dan merupakan di antara malam-malam yang diberkati oleh Allah.Berikut adalah gambar-gambar kenangan buat tatapan pengunjung setia blog masjid ini.
Apabila menemui pertengahan Bulan Syaaban maka semakin dekat untuk menghampiri bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Tetapi sebelum menghampiri Ramadhan Masjid akan mengadakan ceramah di ambang ramadhan. Jangan lupa datang 12 Julai ( Khamis Malam Jumaat )...Wallahua'alam...

Tuesday, July 3, 2012

Kursus Haji Praktikal Siri 2 2012 / 1433H

Pada 30 Jun 2012 telah diadakan kursus haji praktikal bertempat di seluruh kawasan Masjid Usamah Bin Zaid yang telah disertai oleh bakal-bakal haji dan hajjah yang telah mengikuti kelas intensif selama 17 siri secara teori. Pelbagai ilmu yang telah dicurahkan oleh 2 orang yang sangat berpengalaman tentang pengurusan haji dan keadaan sebenar di tanah suci Makkah. Kursus ini melibatkan cara-cara tawaf kaabah, saie, melontar jamrah dan sebagainya. Semoga kursus ini memberikan pengalaman dan ilmu yang berguna kepada bakal-bakal haji nanti.
Wallahua'lam.....

CERAMAH SEMPENA MALAM NISFU SYAABAN 1433

Pada 28 Jun 2012 telah diadakan Ceramah Sempena Malam Nisfu Syaaban bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid. Seramai 300 orang telah hadir pada program tersebut yang mempunyai imput yang sangat menarik untuk didengari. Ceramah itu telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Alif bin Mahari seorang pelajar PHD di Universiti Malaya. Sekidar pandang gambar-gambar program tersebut buat tetapan pembaca setia blog ini.
Wallahua'lam....

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid