Search This Blog

Monday, June 18, 2012

CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ - 14 JUN 2012

Pada 14 Jun 2012 Khamis malam jumaat telah diadakan Program Ceramah Isra' dan Mikraj yang telah disampaikan oleh Dr. Faisal bin Abd Hamid, Pensyarah Universiti Malaya. 300 orang para jemaah telah hadir pada malam tersebut yang mengupas perkara yang agak berlainan dan unik. Berikut adalah gambar-gambar kenangan untuk tatapan pembaca-pembaca blog masjid ini....nantikan program yang akan datang Ceramah Nisfu Sya'ban pada 28 Jun 2012 ini oleh Us. Zulkifli bin Ahmad Wassalam....

Tuesday, May 22, 2012

PELANCARAN BULETIN AL-MISBAH PENTADBIRAN PUSAT ZON 4 DI MASJID USAMAH BIN ZAID, WANGSA MAJU KUALA LUMPUR

Pada 18 Mei 2012 telah diadakan Pelancaran Buletin Al-Misbah Bersama MAPEMS Setiawangsa disamping perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak dan Sudut ilmu di Masjid ini. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Haji Che Mat bin Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) dan YB Dato' Sri Haji Zulhasnan bin Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa Penasihat MAPEMS Setiawangsa. Selain itu, Majlis ini juga telah dihadiri oleh semua Ketua-Ketua Bahagian di JAWI, Ahli Jawatankuasa Masjid / Surau di bawah Pentadbiran Pusat Zon 4, Guru Besar Sekolah, Imam dan Bilal Ratib serta Kakitangan Masjid di seluruh Zon 4 hadir bagi menjayakan program ini. Semoga ianya menjadi wadah dan syiar islam di pentadbiran zon ini.
Wallahua'lam....

Wednesday, May 9, 2012

Lawatan Ke Rumah Anak-Anak Yatim Di Sabak Bernam Oleh Para Jemaah Masjid Usamah Bin Zaid

Pada 29 April 2012 telah diadakan lawatan ke Rumah Anak-Anak Yatim di Sabak Bernam Selangor. Ianya program yang julung kali diadakan melibatkan Hal Ehwal Wanita dan Jemaah Masjid Usamah Bin Zaid. Semoga program ini memberikan pengalaman dan pengajaran kepada para jemaah yang turut serta didalam program tersebut. Berikut adalah gambar-gambar program yang telah diambil semoga ianya menjadi kenangan pada semua jemaah
wallahua'alam...

Friday, May 4, 2012

CERAMAH BULANAN KHAS ( MEMAHAMI ISLAMOPHOBIA ) 03 MEI 2012

badaal islam ghariban wasayauduu gharib
maksudnya : islam datang dalam keadaan dagang dan kembali dalam keadaan dagang
Pada 03 Mei 2012 Khamis malam Jumaat telah diadakan Ceramah Khas Bulanan Bulan Mei 2012 yang diadakan di Dewan Solat Utama Masjid. Hampir 300 orang hadir bagi mendengar topik yang hangat pada masa kini iaitu MEMAHAMI ISLAMOPHOBIA yang kini berlaku di Eropah dan Malaysia sekarang. Pelbagai perkara negatif yang berlaku apabila wujudnya sifat Islamophobia di kalangan orang yang bukan islam yang semakin menebal sehingga kini.Ingin mendapatkan maklumat dan kertas kerja mengenai Islamophobia melalui Google Document : username : Islamophobiazulkifli password :Myislamophobia semoga ianya menjadi rujukan berguna untuk kita semua. Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang program berlangsung

Monday, February 20, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL OLEH US.SYED NORHISYAM AL-IDRUS

Pada 16 Februari 2012 telah diadakan Ceramah Perdana Sempena Maulidur Rasul S.A.W di Dewan Solat Utama Masjid. Kehadiran pada malam itu hampir 400 orang bagi besama-sama mendengar kisah mengenai Baginda dan dikhususkan kepada Kebesaran Mukjizat Baginda yang hebat iaitu Al-Quran yang Kareem dan hebat mukjizatnya











wallahua'alam....

Wednesday, February 15, 2012

KURSUS HAJI SIRI 2 / 2012 - 11 FEBRUARI 2012

Pada 11 Februari 2012 telah berlangsungnya Kursus Haji Siri 2/2012 bertempat di Bilik Kuliah Masjid. Seramai hampir 80 orang telah menyertai Kursus ini dan akan berlangsung selama 19 Siri. Us.Abd Fatah merupakan pembimbing Kursus Haji pada kali ini yang mempunyai pengalaman luas dan merupakan mutawif yang berpengalaman. Selain itu, Kursus Haji pada kali ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid, Tuan Haji Mazlan bin Abdullah.

















Wallahua'lam...

Thursday, January 12, 2012

Ceramah Bulanan Khas Sempena Tahun Baru Miladi dan Hijri

Pada 30 Disember 2011 telah diadakan Ceramah Bulanan Khas Sempena Tahun Baru Miladi dan Hijri bertempat di Dewan Solat Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur.
Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zakaria bin Mohamed Ketua Imam Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan Kuala Lumpur. Berikut adalah Gambar Kenangan buat tatapan pengunjung setia Blog Masjid ini













Wallahua'alam....

Monday, January 9, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada 31 Dis 2011 telah diadakan Kursus Pengurusan Jenazah oleh Pihak Masjid dengan Kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Kursus ini diadakan adalah bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada anak kariah Wangsa Maju. Berikut adalah gambar-gambar kenangan buat tatapan pembaca blog masjid ini.


















wallahua'alam

Wednesday, November 9, 2011

Seminar Fiqh Solat 29 September 2011

Pada 29 September 2011 telah diadakan Seminar Fiqh Solat bertempat di Dewan Sekolah Usamah Bin Zaid yang telah dihadiri seramai 200 orang yang datangnya daripada pelbagai lapisan umur yang kebanyakkannya merupakan anak kariah Wangsa Maju. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Us. Fatah yang merupakan Pegawai daripada Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Diantara imput yang disampaikan oleh beliau ialah Cara-cara Solat yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW










wallahua'lam....

Tuesday, November 8, 2011

Ibadah Qurban 1432H

Pada 06 November 2011 telah diadakan Ibadah Qurban buat Kali ke-5..berikut adalah gambar-gambar yang telah dipilih untuk blog ini...jika mahukan gambar yang banyak boleh layari di laman facebook putra al-amin remy bagi mendapatkan gambar-gambar tersebut..












wallahua'alam

Thursday, October 6, 2011

Bacaan Yassin Sempena Peperiksaan PMR & SPM Sek Men Zon R 1 Wangsa Maju

Pada 30 september 2011 telah diadakan Majlis Bacaan Yassin Sempena PMR dan SPM yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru Sek Men Keb Zon R1 bertempat didewan Solat Utama Masjid.















Wallahua'lam....

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid