Search This Blog
Friday, April 27, 2018
Tuesday, April 24, 2018
KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA PENGERUSI MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU
21 APRIL 2018 - Setelah selesai solat zohor berjemaah, maka berakhirlah kejohanan futsal tertutup piala pengerusi masjid usamah bin zaid pada hari ini.
Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi dan Ketua Imam Masjid Usamah Bin Zaid.
keputusan perlawanan:
JOHAN : FSS FT
N.JOHAN: HULU BALANG
KETIGA :ERROR FC
KEEMPAT : SURAU NUR EHSAN
JOHAN : FSS FT
N.JOHAN: HULU BALANG
KETIGA :ERROR FC
KEEMPAT : SURAU NUR EHSAN
Hadiah kemenangan berupa piala + medal + wang tunai.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang memberi sokongan terutamanya #GoCoach yang dilantik sebagai pelaksana program dan #DriveDrink sebagai penaja minuman bertenaga..
PROGRAM GOTONG-ROYONG "JOM CUCI MASJID"
14 APRIL 2018- Telah berlangsung program Gotong-royong sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Ini merupakan program tahunan yang melibatkan anak kariah masjid bersama agensi-agensi kerajaan seperti ATM, Bomba, Rela, Polis, DBKL dan lain-lain.
Tuesday, March 27, 2018
Thursday, March 8, 2018
WACANA ISLAM DAN SAINS "KEHEBATAN PUSINGAN TAWAF KEPADA ALAM SEMESTA"
22 FEBRUARI 2018- Satu ceramah sangat menarik, yang disampaikan oleh Ybhg Tuan Haji Mohd Amir Haniffah. Beliau mengupas kehebatan disebalik pusingan tawaf. Merungkai hikmah dan khasiat disebalik pusingan tawaf dan kesannya terhadap diri dan alam semesta.
WACANA ILMU TAHUN BARU
12 JANUARI 2018- Ceramah yang disampaikan oleh Ybhg Dr Abdul Basit Abd Rahman . Beliau mengupas isu-isu yang berkaitan HATI. Boleh rujuk kitab PENAWAR BAGI HATI.
Monday, January 29, 2018
Thursday, January 11, 2018
Friday, December 8, 2017
"FORUM SANTAI" SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439H MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU
07 DISEMBER 2017- Telah berlangsung satu program "Forum Santai" di Masjid Usamah Bin Zaid sempena menyambut bulan kelahiran junjungan besar Baginda S.A.W. Satu forum yang terdiri dari 3 orang panel yang dijemput khas bagi mengupas dan mengimbau sejarah Baginda S.A.W. Selain itu, diselangi dengan selawat beramai, qasidah dan alunan bacaan al-Quran bagi menambahkan lagi kecintaan kepada Baginda Nabi S.A.W.
PROGRAM CUTI SEKOLAH "KEM ABQARIY') MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU
27 November- 07 Disember - Seperti tahun-tahun yang lepas, Masjid Usamah Bin Zaid akan menganjurkan kem untuk pelajar sempena cuti sekolah. Program ini berlangsung selama 2 minggu (isnin hingga khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Banyak aktiviti-aktiviti yang telah disediakan seperti ice-breaking, kerja dalam kumpulan, hafazan, solat dan sebagainya. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan meriah bukan sahaja daripada penduduk Wangsa Maju bahkan penduduk di luar, seperti Keramat, Setapak, Taman Melati dan Wangsa Melawati. Program ini disediakan untuk pelajar yang berumur 7 hingga 12 tahun.
Tuesday, November 28, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid

















































