Search This Blog

Thursday, September 20, 2012

Tinta Pena Kenangan Majlis Silaturrahim Eidulfitri Peringkat Zon 4

Pada 14 September 2012 telah diadakan Majlis Silaturrahim Eidulfitri Pusat Zon 4 yang telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Berlangsung juga forum yang telah dimodetari oleh Ustaz Supiyan daripada IKIM ahli panel ialah 2 orang artis yang telah mentranformasi diri mereka yang lebuh baik ialah Diana Amir dan Haryati ( Yatt ) yang berkongsi kisah perjalanan kehidupan mereka setelah memilih jalan untuk bertudung. Pertunjukan silap mata oleh Amar yang memukau para muslimin dan muslimat yang hadir pada malam tersebut. Jom lihat gambar di bawah yang mengambarkan betapa meriahnya program ini berlangsung
Wallahua'alam.....

Thursday, September 13, 2012

Dijemput kepada semua para jemaah hadir program ini di Masjid Al-Muttaqin pada 14 September ( Jumaat ) bermula pada jam 7.00 malam sehingga 11.00 malam...

Wednesday, September 12, 2012

PERASMIAN SURAU NURUL HUDA, ALPHA VILLA

Pada 08 September 2012 pihak Surau Nurul Huda, Alpha Villa telah mengadakan perasmian surau dan jamuan Aidilfitri 1433. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Tuan Haji Basori bin Haji Umar, Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Ketua Imam dan Ketua Pentadbir Masjid Usamah Bin Zaid Tuan Haji Murshidi bin Abd Hamid. Surau ini merupakan di antara surau-surau yang berada di bawah naungan pentadbiran Masjid Usamah Bin Zaid.
wallahua'alam... putra al-amin remy

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI KAKITANGAN MASJID DI BAWAH PENTADBIRAN PUSAT ZON 4...

Monday, September 10, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran PERDASAMA Di Masjid Usamah BIn Zaid

Pada 03 Ogos 2012 telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran PERDASAMA dan juga pemberian duit raya kepada anak-anak yatim. Ini merupakan program khidmat sosial yang diadakan pihak PERDASAMA. Masjid Usamah Bin Zaid telah dipilih buat kali kedua bagi mengadakan program yang mulia ini. Berikut adalah preview untuk tatapan semua
semoga menjadi kenang-kenangan putra al-amin Remy

Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1433H

Pada 14 Ogos 2012 Selasa malam Rabu telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran Ramadhan 1433H di dewan solat Masjid. Buat julung kalinya diadakan pada waktu malam dan hampir 80 orang telah mengikuti program tadarus al-quran sepanjang bulan ramadhan secara berjemaah. Pada tahun ini konsep tadarus menitik beratkan pembetulan fasohah, tajwid selain mengkhatamkan bacaan al-quran.Berikut ada preview program khatam tersebut untuk tatapan pengunjung blog masjid ini.
semoga menjadi kenangan...Wallahua'alam putra al-amin Remy

Majlis Sumbangan Hari Raya Eidulfitri 1433H kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal, Saudara Muslim 2012

Pada 20 Ogos 2012 telah diadakan Majlis Sumbangan Hari Raya Eidulfitri 1433H kepada Anak Yatim, Ibu Tunggal di kariah Wangsa Maju dan Saudara Muslim yang telah menerima hidayah di Masjid Usamah Bin Zaid di Dewan Solat Utama Masjid. Seramai 80 orang telah menerima sumbangan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Masjid Usamah Bin Zaid iaitu Tuan Haji Hazaruddin bin Baharuddin yang juga merangkap Imam Besar Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pelbagai saranan dan nasihat telah disampaikan oleh beliau bagi memastikan aktiviti yang dirancang oleh masjid memberikan impak kepada anak kariah Wangsa Maju. Berikut adalah selayang pandang daripada admin sebagai tanda kenang-kenangan kepada pengunjung setia Blog ini.
wallahua'alam... putra al-amin Remy

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid