Search This Blog

Tuesday, August 17, 2010

Lawatan ke Hospital Tuanku Mizan

Pada 28 Julai 2010 Pegawai dan kakitangan Zon 4 telah mengadakan lawatan ke hospital Tuanku Mizan ( HAT ) yang telah dihadiri oleh Us. Che Mat bin Che Deraman Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah serta pegawai dan kakitangan hospital tersebut.














wallahua'alam...

Bacaan Yassin sempena Nisfu Sya'ban...

Pada 26 Julai 2010 telah diadakan Majlis bacaan Yassin sempena Nisfu Sya'ban. Alhamdulillah ramai jemaah yang menyertai bacaan yassin tersebut.Majlis tersebut telah dipimpin oleh Us. Mohd Khuzairi bin Yusoff. Semoga berolah keberkatana pada malam tersebut sampai hari akhirat.Amin..













ceramah nisfu Sya'ban

pada 22 Julai 2010 telah diadakan ceramah bagi meraikan nisfu sya'ban tersebut. Oleh itu pihak masjid telah menjemput Y.Bhg Us. Zulkifli bin Ahmad untuk memberikan sedikit perkongsian, ilmu bagi meraikan Nisfu Sya'ban tersebut










Ceramah Isra' dan Mikraj- Amalan Pemakanan Sihat sepanjang Ramadhan

Sebelum tibanya ramadhan pihak masjid telah mengadakan ceramah bulanan khas bagi memberikan pendedahan kepada para jemaah mengenai pemakanan sihat sepanjang Bulan Ramadhan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Ridzoni bin Salleh Ketua Jabatan Sajian dan Dietetik daripada Hospital Besar Kuala Lumpur.







wallahua'alam

HAri Ini DaLam SejArah.....16 JULAI 2010

Setelah hampir 3 tahun Masjid Usamah Bin Zaid beroperasi diketuai oleh Tuan Haji Murshidi Ketua Imam dan Pentadbir Masjid dan 8 orang kakitangannya serta mempunyai Ahli Jawatankuasa seramai 11 orang daripada JAWI dan JAKIM maka tarikh 16 Julai 2010, telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan rasminya masjid ini telah dirasmikan. Telah dihadiri oleh beberapa ahli kenamaan serta jemaah yang turut bersama-sama meraikan majlis tersebut. Ini merupakan tarikh yang akan dikenang buat selama-lamanya oleh semua jemaah terutama kakitangan masjid sendiri. Semoga Tarikh ini akan memberikan keberkatan kepada semua Insyallah...


















Semoga menjadikan ianya sejarah bagi kita semua terutama kariah wangsa maju ini....wallahua'alam..

Monday, August 16, 2010

Ceramah Isra' dan Mikraj

Pada 8 Julai pada tahun 2010 telah diadakan ceramah isra' dan mikraj di masjid usamah bin zaid, wangsa maju. Pelbagai lontaran idea dan pelbagai hujjah yang diutarakan menyebabkan semuanya terpana dengan hujah-hujah tersebut.



Penceramah jemputan Ustaz Mohd Faisal bin Abd. Hamid, Pensyarah dari Universiti Malaya



Barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Usamah Bin Zaid yang turut hadir memeriahkan program tersebut




tidak dilupa juga ibunda-ibunda yang asyik mendengar ceramah tersebut



para jemaah sedang khusyuk mendengar sampai terpana mendengar ceramah yang disampaikan

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid