Search This Blog

Monday, December 3, 2012

PROGRAM CERAMAH SEMPENA MA'AL HIJRAH 1434

29 November 2012. Ceramah berkenaan dengan sambutan Ma'al hijrah 1434 yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

PROGRAM CUTI SEKOLAH "KEM SOLEH"

Program ini bermula pada 19 november 2012 hingga 05 disember 2012. Tujuan program ini dinjurkan adah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak di musim cuti sekolah. Banyak aktiviti yang bermanfaat disediakan seperti hafazan, pengukuhan solat, fardhu ain, tayangan, permainan sukan dan rekreasi. Selain itu, aktiviti perkemahan selama 3 hari 2 malam pada minggu terakhir program turut diadakan.

PERASMIAN KURSUS PROFESIONALIME IMAM DAN BILAL DIBAWAH PENTADBIRAN ZON 4

PROGRAM PENILAIAN ASAS FARDHU AIN DI MASJID USAMAH BIN ZAID

MAJLIS BACAAN YASIN PELAJAR SEKOLAH SEMPENA MENGHADAPI MUSIM PEPERIKSAAN DI MASJID USAMAH BIN ZAID

sekumpulan pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar Wangsa Maju mengadakan majlis bacaan Yaasin di Masjid Usamah Bin zaid bersempena dengan musim peperiksaan yang akan datang.

Thursday, November 1, 2012

PROGRAM IBADAH KORBAN BERSAMA SAUDARA BARU ANJURAN BERSAMA BAHAGIAN DAKWAH (JAWI) DENGAN MASJID USAMAH BIN ZAID

Pada 29 Oktober bersamaan 13 Zulhijjah, Masjid usamah Bin Zaid Bersama Bahagian Dakwah (JAWI) menganjurkan program korban untuk saudara baru. Program ini bertujuan untuk membuka minda saudara yang baru memeluk agama islam ini untuk melakukan ibadah korban. Selain itu,program ini juga bertujuan untuk meraikan mereka supaya mereka tidak merasa tersisih dan menyemai perasaan serta rasa semua umat islam adalah mempunyai tanggungjawab , kewajipan dan sebagainya terhadap agama islam adalah sama. .

Wednesday, October 31, 2012

PROGRAM IBADAH KORBAN MASJID USAMAH BIN ZAID 1433H

Pada 27 oktober 2012 bersamaan 11 Zulhijjah,telah berlangsung ibadah korban di Masjid Usamah Bin Zaid yang melibatkan 8 ekor lembu. Penglibantan lebih 200 orang ahli kariah Masid Usamah bin Zaid dalam program tersebut. Sepanjang program ibadah ini berlangsung, kesungguhan dan kerjasama diantara ahli kariah dengan pihak masjid sangat menggalakkan.

Wednesday, October 24, 2012

SELAMAT MENJALANI IBADAH KORBAN

Assalamualaikum.... Masjid Usamah Bin Zaid mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya jemaah-jemaah di kawasan Wangsa Maju. Pihak masjid juga merakamkan jutaan terima kasih kepada anak-anak kariah yang telah banyak menolong dan bekerjasama dengan pihak masjid, memberi komitmen yang baik seterusnya tidak putus-putus memberi sokongan untuk mengimarahkan masjid. Teruskan sokongan dan keperihatinan anda semoga lebih banyak lagi program dan aktiviti akan di adakan pada masa yang akan datang.

Thursday, September 20, 2012

Tinta Pena Kenangan Majlis Silaturrahim Eidulfitri Peringkat Zon 4

Pada 14 September 2012 telah diadakan Majlis Silaturrahim Eidulfitri Pusat Zon 4 yang telah diadakan di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Haji Che Mat Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ). Berlangsung juga forum yang telah dimodetari oleh Ustaz Supiyan daripada IKIM ahli panel ialah 2 orang artis yang telah mentranformasi diri mereka yang lebuh baik ialah Diana Amir dan Haryati ( Yatt ) yang berkongsi kisah perjalanan kehidupan mereka setelah memilih jalan untuk bertudung. Pertunjukan silap mata oleh Amar yang memukau para muslimin dan muslimat yang hadir pada malam tersebut. Jom lihat gambar di bawah yang mengambarkan betapa meriahnya program ini berlangsung
Wallahua'alam.....

Thursday, September 13, 2012

Dijemput kepada semua para jemaah hadir program ini di Masjid Al-Muttaqin pada 14 September ( Jumaat ) bermula pada jam 7.00 malam sehingga 11.00 malam...

Wednesday, September 12, 2012

PERASMIAN SURAU NURUL HUDA, ALPHA VILLA

Pada 08 September 2012 pihak Surau Nurul Huda, Alpha Villa telah mengadakan perasmian surau dan jamuan Aidilfitri 1433. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Tuan Haji Basori bin Haji Umar, Pegawai Penyelaras Pusat Zon 4 Tuan Syed Abdullah bin Syed Nordin, Ketua Imam dan Ketua Pentadbir Masjid Usamah Bin Zaid Tuan Haji Murshidi bin Abd Hamid. Surau ini merupakan di antara surau-surau yang berada di bawah naungan pentadbiran Masjid Usamah Bin Zaid.
wallahua'alam... putra al-amin remy

SALAM AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARIPADA KAMI KAKITANGAN MASJID DI BAWAH PENTADBIRAN PUSAT ZON 4...

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid