Search This Blog

Monday, March 21, 2011

Sanah Helwah ( Selamat Hari Lahir ) - Ustaz Murshidi bin Abd Hamid

Alhamdulillah pada 21 Mac 1980 adalah tarikh keramat kepada salah seorang pegawai Masjid yang merupakan Ketua Imam dan Ketua Pentadbir di Masjid ini. Pada Majlis ringkas tersebut telah dihadiri oleh Isteri dan anak beliau serta kakitangan Zon dan Masjid. Barakallah Ya Ustaz...



wallahua'alam...

Program Motivasi Kecemerlangan Akademik

Pada 17 Mac 2011 telah diadakan Program Motivasi Kecemerlangan Akademik di Bilik Kuliah Masjid. Seramai hampir 60 orang peserta hadir bagi mendapatkan ilmu dan tips-tips terbaik untuk diaplikasikan didalam kehidupan para peserta seharian.



wallahua'alam...

Monday, March 14, 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Umrah

Alhamdulillah salah seorang daripada kakitangan Masjid sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci. Beliau ialah Us. Khuzairi, Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Selamat menunaikan ibadah umrah. Gambar-gambar sebelum pemergian beliau ke sana




wallahua'alam

Thursday, March 10, 2011

Bermula Kisah Imam Muda Qaryah - Pusat Zon 4

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Kariah dan Masjid dan Surau Seluruh Wilayah Persekutuan sedang mengembeling tenaga bagi menjayakan program Imam Muda Qaryah yang ulung-ulung telah dijalankan. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang minggu pertama program tersebut



wallahua'alam

Kursus Haji Bersiri - Buat Kali Pertama diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid

alhamdulillah tanggal 26 Februari 2011 dalam sejarah Masjid Usamah Bin Zaid apabila buat pertama kalinya mengadakan Kursus Haji bagi bakal-bakal haji...kuliah tersebut telah disampaikan oleh Us.Abdul Fatah yang merupakan penceramah yang diberikan tauliah oleh pihak Tabung Haji. Nak lihat muka-muka bakal haji sila lihat gambar-gambar yang telah disediakan



wallahua'alam

Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul - 1432H

Pada 24 Februari 2011 telah diadakan Ceramah Sempena memperingati Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang telah disampaikan oleh salah seorang ustaz yang cukup tersohor di Malaysia ini iaitu Al-Fadhil Us. Zul Ramli. Menarik, padat dan mantap seta telah menarik minat hampir 200 orang jemaah untuk hadir dan bersama-sama mendengar celoteh ilmu daripada beliau mengenai kisah kekasih Allah yang cukup indah lagi bersuluh itu. Semoga kita semua mendapat syaafaat dari Nabi Muhammad pada Hari Akhirat kelak.Amin..seperti biasa gambar-gambar kenangan untuk tetapan pengunjung blog ini.



wallahua'lam...

Klinik Tahsin Al-Fatihah 2011

Pada 19 Februari 2011 telah diadakan Klinik Tahsin Al-Fatihah bertempat di bilik kuliah 2 MAsjid Usamah Bin Zaid. Seramai 35 orang insan yang telah berani hadir bagi memperbaiki bacaan Al-Fatihah yang sering dibaca pada setiap sembahyang waktu kita. Alhamdulillah yang mana salah diperbaiki bagi memantapkan ibadah kita sehari-harian. Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang klinik tersebut untuk tatapan semua.



wallahua'alam...

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid