Search This Blog

Monday, April 15, 2013

GOTONG ROYONG MASJID USAMAH BIN ZAID 7.4.13

7.4.13- Masjid Usamah Bin Zaid mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan masjid. program ini disetai oleh beberapa badan beruniform antaranya bomba, tentera , polis dan Dewan Bandaraya Kulala Lumpur.

Thursday, March 7, 2013

28 Februari 2013 - Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kuala Lumpur mengadakan ceramah yang bertajuk ASAS HALAL DALAM ISLAM yang disampaikan oleh pegawai yang dijemput khas dari Hab Halal (JAKIM). Ini bertujuan memberi pendedahan dan penerangan yang sebenar berkenaan dengan sumber makanan, cara pembuatan, peralatan yang digunakan dan sebagainya untuk menghasilkan makanan yang terdapat di pasaran.

Tuesday, January 22, 2013

CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

CERAMAH KHAS "SELAMATKAN PALESTIN"

10 Januari 2012 - Ceramah ini disampaikan oleh seorang penceramah yang begitu aktif dalam perkembangan semasa berkaitan penindasan dan penganiayaan terhadap umat islam khususnya di palestin, Rohingya dan sebagainya. Beliau bergerak bersama badan bukan kerajaan (NGO) yang didikenali dengan MAJLIS PERUNDANGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM). Semoga penerangan dan penjelasan beliau dapat membuka mata dan minda kita tentang nasib dan keadaan saudara kita di palestin dan beberapa lagi negara islam yang sedang bergolak.

Monday, December 3, 2012

PROGRAM CERAMAH SEMPENA MA'AL HIJRAH 1434

29 November 2012. Ceramah berkenaan dengan sambutan Ma'al hijrah 1434 yang disampaikan oleh Ybhg. Ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad.

PROGRAM CUTI SEKOLAH "KEM SOLEH"

Program ini bermula pada 19 november 2012 hingga 05 disember 2012. Tujuan program ini dinjurkan adah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak di musim cuti sekolah. Banyak aktiviti yang bermanfaat disediakan seperti hafazan, pengukuhan solat, fardhu ain, tayangan, permainan sukan dan rekreasi. Selain itu, aktiviti perkemahan selama 3 hari 2 malam pada minggu terakhir program turut diadakan.

PERASMIAN KURSUS PROFESIONALIME IMAM DAN BILAL DIBAWAH PENTADBIRAN ZON 4

PROGRAM PENILAIAN ASAS FARDHU AIN DI MASJID USAMAH BIN ZAID

MAJLIS BACAAN YASIN PELAJAR SEKOLAH SEMPENA MENGHADAPI MUSIM PEPERIKSAAN DI MASJID USAMAH BIN ZAID

sekumpulan pelajar dari beberapa buah sekolah sekitar Wangsa Maju mengadakan majlis bacaan Yaasin di Masjid Usamah Bin zaid bersempena dengan musim peperiksaan yang akan datang.

Thursday, November 1, 2012

PROGRAM IBADAH KORBAN BERSAMA SAUDARA BARU ANJURAN BERSAMA BAHAGIAN DAKWAH (JAWI) DENGAN MASJID USAMAH BIN ZAID

Pada 29 Oktober bersamaan 13 Zulhijjah, Masjid usamah Bin Zaid Bersama Bahagian Dakwah (JAWI) menganjurkan program korban untuk saudara baru. Program ini bertujuan untuk membuka minda saudara yang baru memeluk agama islam ini untuk melakukan ibadah korban. Selain itu,program ini juga bertujuan untuk meraikan mereka supaya mereka tidak merasa tersisih dan menyemai perasaan serta rasa semua umat islam adalah mempunyai tanggungjawab , kewajipan dan sebagainya terhadap agama islam adalah sama. .

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid