Pada 12 februari 2011 telah diadakan perjumpaan bersama Anak Kariah bagi membincangkan bab pengurusan khairat kematian bagi masjid ini pada masa depan kelak. Mendapat sambutan hangat daripada jemaah
Search This Blog
Wednesday, February 16, 2011
Ceramah Bulanan Khas Bulan Februari 2011
Pada 10 Februari 2011 telah diadakan Ceramah yang bertajuk " KEHEBATAN AL-QURAN " yang telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail bin Mohammad bertempat di dewan Solat Masjid. Seramai hampir 300 orang telah hadir bagi memeriahkan serta mendapatkan imput-imput menarik daripada Tan Sri. Bagi pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang sudi hadir pada hari tersebut.
Friday, February 4, 2011
Majlis Khatam Al-Quran dan Kenduri 29 Januari 2011
Pada 29 Januari 2011 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan kenduri sempena majlis tersebut. Terima kasih kepada para jemaah yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Nak lihat gambar-gambar kalian semua...lihat slide di bawah
wallahua'alam
wallahua'alam
Friday, January 28, 2011
Ceramah Bulanan Khas Bulan Januari 2011
Pada 27 Januari 2011, telah diadakan Ceramah Bulanan Khas yang bertajuk medium muamalat islam yang diadakan di dewan solat utama masjid. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Husin dan Encik Mazli bin Alias daripada Yayasan Pengurusan Ilmu. Input yang telah diutarakan oleh beliau ialah mengenai penggunaan Dinar Mas dan kepentingannya kepada masyarakat. Gambar-gambar menarik sepanjang program tersebut
wallahua'alam
wallahua'alam
Tuesday, January 18, 2011
Bengkel Sasaran Tahunan 2011- Masjid Usamah Bin Zaid
Alhamdulillah pada 14 sehingga 16 Januari 2011 telah diadakan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan bertempat di Marina Cove Resort Teluk Batik, Lumut. Pelbagai aktiviti pengimarahan telah direncanakan bagi memenuhi keperluan serta kehendak anak kariah Wangsa Maju. Berikut adalah selayang pandang sekitar bengkel itu berlangsung
Wednesday, December 22, 2010
Kem Remaja Anak Soleh 2010
Pada 20 dan 21 Disember 2010 telah diadakan Kem Remaja Anak Soleh 2010 di Masjid Usamah Bin Zaid. Seramai 55 orang telah menyertai program tersebut.Sekapur sirih gambar-gambar buat tatapan semua
wallahua'alam..
wallahua'alam..
Tuesday, December 7, 2010
Salam Tahun Baru Hijrah 1432M
Pada malam tahun baru hijrah 1432M telah diadakan Majlis bacaan doa awal tahun serta bacaan yassin yang telah dipimpin oleh Us. Norhaj Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Alhamdulillah ramai telah menghadiri program tersebut. Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberikan kepada kita azam dan matlamat yang baru..amin
Friday, December 3, 2010
Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432M
Pada 2 Disember 2010 telah diadakan Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Usamah Bin Zaid. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh yang Berbahgia Dr. Fauzi bin Deraman, Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadith Universiti Malaya
berikut adalah candid camera sepanjang program tersebut
wallahua'alam...putra al-amin
berikut adalah candid camera sepanjang program tersebut
wallahua'alam...putra al-amin
Monday, November 29, 2010
Gambar Kenangan
Ibadah qurban tahun 1431H telah melabuhkan tirainya....saksikan gambar-gambar kenangan..program tersebut
Friday, November 26, 2010
Monday, November 22, 2010
Berkorban Apa Sahaja....aka Ibadah Qurban dan Akikah 1431H Di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur
Hari Raya Aidiladha 1431H merupakan kali kedua diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid. Dengan penyertaan yang amat membanggakan kerana ramai jemaah yang turun padang pada hari tersebut bagi meraikan ibadah korban dan solat hari raya. Kapasiti jemaah yang ramai menjadikan ibadah korban pada tahun ini amat memberangsangkan dengan 7 ekor lembu ditumbangkan dan seekor kambing yang telah disedekahkan oleh salah seorang jemaah menjadikan program lebih bermakna. Semua jemaah telah dijemput menjamu selera selepas solat zohor berjemaah.








Malam Hari Raya Aidiladha Di Rumah Ustaz Nashul Bilal Masjid Usamah Bin Zaid
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid