Pada 6 dan 7 Mei 2011 Masjid Usamah Bin Zaid telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Pesekutuan..
wallahua'alam
Search This Blog
Monday, May 9, 2011
Kuliah Bulanan Khas "Sekilas Pandang Global Peace Malaysia"
Pada 05 Mei 2011 telah diadakan Ceramah Bulanan Khas yang telah disampaikan oleh pihak Global Peace Malaysia. Ustaz Maad bin Achin dari Padang Sumatera telah mewakili pihak GPM bagi menerangkan isu-isu yang bertajuk Ceramah Peduli Umat : Pasca Tsunami Mentawai. Begitu banyak perkara yang kita tidak ketahui dan apa yang berlaku sebenarnya di sana. Bagaimana dakyah kristianisasi berlaku disana dan sebagainya
wallahua'alam
wallahua'alam
Monday, April 18, 2011
Karnival Masjid Usamah Bin Zaid
Pada 16 dan 17 April 2011 telah diadakan Karnival Masjid Usamah Bin Zaid ( KAMUZ ) di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid. Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah dihadapi oleh Urusetia-Urusetia bagi menjayakan program tersebut. Diantara program yang telah dijalankan ialah bercerita kanak-kanak ( PIDACIL ), Akademi Masjid ( USJUD ), pertandingan Nasyid Kanak-Kanak, Memanah dan sebagainya.
Penghargaan terima kasih kepada urusetia-urusetia Nisa' Wangsa Maju di atas kerjasama, perit-jerih, berkorban masa bagi menjayakan program tersebut. Tidak dilupa juga kepada penaja-penaja Karnival ini dan para jemaah, penggerai-penggerai yang sama-sama berganding bahu bagi menjayakan Karnival ini yang julung kali diadakan.
Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih...Mantap..
WALLAHUA'ALAM
Penghargaan terima kasih kepada urusetia-urusetia Nisa' Wangsa Maju di atas kerjasama, perit-jerih, berkorban masa bagi menjayakan program tersebut. Tidak dilupa juga kepada penaja-penaja Karnival ini dan para jemaah, penggerai-penggerai yang sama-sama berganding bahu bagi menjayakan Karnival ini yang julung kali diadakan.
Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih...Mantap..
WALLAHUA'ALAM
Monday, March 21, 2011
Sanah Helwah ( Selamat Hari Lahir ) - Ustaz Murshidi bin Abd Hamid
Alhamdulillah pada 21 Mac 1980 adalah tarikh keramat kepada salah seorang pegawai Masjid yang merupakan Ketua Imam dan Ketua Pentadbir di Masjid ini. Pada Majlis ringkas tersebut telah dihadiri oleh Isteri dan anak beliau serta kakitangan Zon dan Masjid. Barakallah Ya Ustaz...
wallahua'alam...
wallahua'alam...
Program Motivasi Kecemerlangan Akademik
Pada 17 Mac 2011 telah diadakan Program Motivasi Kecemerlangan Akademik di Bilik Kuliah Masjid. Seramai hampir 60 orang peserta hadir bagi mendapatkan ilmu dan tips-tips terbaik untuk diaplikasikan didalam kehidupan para peserta seharian.
wallahua'alam...
wallahua'alam...
Monday, March 14, 2011
Selamat Menunaikan Ibadah Umrah
Alhamdulillah salah seorang daripada kakitangan Masjid sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci. Beliau ialah Us. Khuzairi, Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Selamat menunaikan ibadah umrah. Gambar-gambar sebelum pemergian beliau ke sana
wallahua'alam
wallahua'alam
Thursday, March 10, 2011
Bermula Kisah Imam Muda Qaryah - Pusat Zon 4
Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Kariah dan Masjid dan Surau Seluruh Wilayah Persekutuan sedang mengembeling tenaga bagi menjayakan program Imam Muda Qaryah yang ulung-ulung telah dijalankan. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang minggu pertama program tersebut
wallahua'alam
wallahua'alam
Kursus Haji Bersiri - Buat Kali Pertama diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid
alhamdulillah tanggal 26 Februari 2011 dalam sejarah Masjid Usamah Bin Zaid apabila buat pertama kalinya mengadakan Kursus Haji bagi bakal-bakal haji...kuliah tersebut telah disampaikan oleh Us.Abdul Fatah yang merupakan penceramah yang diberikan tauliah oleh pihak Tabung Haji. Nak lihat muka-muka bakal haji sila lihat gambar-gambar yang telah disediakan
wallahua'alam
wallahua'alam
Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul - 1432H
Pada 24 Februari 2011 telah diadakan Ceramah Sempena memperingati Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang telah disampaikan oleh salah seorang ustaz yang cukup tersohor di Malaysia ini iaitu Al-Fadhil Us. Zul Ramli. Menarik, padat dan mantap seta telah menarik minat hampir 200 orang jemaah untuk hadir dan bersama-sama mendengar celoteh ilmu daripada beliau mengenai kisah kekasih Allah yang cukup indah lagi bersuluh itu. Semoga kita semua mendapat syaafaat dari Nabi Muhammad pada Hari Akhirat kelak.Amin..seperti biasa gambar-gambar kenangan untuk tetapan pengunjung blog ini.
wallahua'lam...
wallahua'lam...
Klinik Tahsin Al-Fatihah 2011
Pada 19 Februari 2011 telah diadakan Klinik Tahsin Al-Fatihah bertempat di bilik kuliah 2 MAsjid Usamah Bin Zaid. Seramai 35 orang insan yang telah berani hadir bagi memperbaiki bacaan Al-Fatihah yang sering dibaca pada setiap sembahyang waktu kita. Alhamdulillah yang mana salah diperbaiki bagi memantapkan ibadah kita sehari-harian. Berikut adalah gambar-gambar kenangan sepanjang klinik tersebut untuk tatapan semua.
wallahua'alam...
wallahua'alam...
Wednesday, February 16, 2011
Skim Kifalah Usamah...
Pada 12 februari 2011 telah diadakan perjumpaan bersama Anak Kariah bagi membincangkan bab pengurusan khairat kematian bagi masjid ini pada masa depan kelak. Mendapat sambutan hangat daripada jemaah
Ceramah Bulanan Khas Bulan Februari 2011
Pada 10 Februari 2011 telah diadakan Ceramah yang bertajuk " KEHEBATAN AL-QURAN " yang telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail bin Mohammad bertempat di dewan Solat Masjid. Seramai hampir 300 orang telah hadir bagi memeriahkan serta mendapatkan imput-imput menarik daripada Tan Sri. Bagi pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang sudi hadir pada hari tersebut.
Friday, February 4, 2011
Majlis Khatam Al-Quran dan Kenduri 29 Januari 2011
Pada 29 Januari 2011 telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran dan kenduri sempena majlis tersebut. Terima kasih kepada para jemaah yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. Nak lihat gambar-gambar kalian semua...lihat slide di bawah
wallahua'alam
wallahua'alam
Friday, January 28, 2011
Ceramah Bulanan Khas Bulan Januari 2011
Pada 27 Januari 2011, telah diadakan Ceramah Bulanan Khas yang bertajuk medium muamalat islam yang diadakan di dewan solat utama masjid. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Khairuddin bin Husin dan Encik Mazli bin Alias daripada Yayasan Pengurusan Ilmu. Input yang telah diutarakan oleh beliau ialah mengenai penggunaan Dinar Mas dan kepentingannya kepada masyarakat. Gambar-gambar menarik sepanjang program tersebut
wallahua'alam
wallahua'alam
Tuesday, January 18, 2011
Bengkel Sasaran Tahunan 2011- Masjid Usamah Bin Zaid
Alhamdulillah pada 14 sehingga 16 Januari 2011 telah diadakan Bengkel Sasaran Kerja Tahunan bertempat di Marina Cove Resort Teluk Batik, Lumut. Pelbagai aktiviti pengimarahan telah direncanakan bagi memenuhi keperluan serta kehendak anak kariah Wangsa Maju. Berikut adalah selayang pandang sekitar bengkel itu berlangsung
Wednesday, December 22, 2010
Kem Remaja Anak Soleh 2010
Pada 20 dan 21 Disember 2010 telah diadakan Kem Remaja Anak Soleh 2010 di Masjid Usamah Bin Zaid. Seramai 55 orang telah menyertai program tersebut.Sekapur sirih gambar-gambar buat tatapan semua
wallahua'alam..
wallahua'alam..
Tuesday, December 7, 2010
Salam Tahun Baru Hijrah 1432M
Pada malam tahun baru hijrah 1432M telah diadakan Majlis bacaan doa awal tahun serta bacaan yassin yang telah dipimpin oleh Us. Norhaj Imam Masjid Usamah Bin Zaid. Alhamdulillah ramai telah menghadiri program tersebut. Semoga Tahun Baru Hijrah ini memberikan kepada kita azam dan matlamat yang baru..amin
Friday, December 3, 2010
Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maal Hijrah 1432M
Pada 2 Disember 2010 telah diadakan Ceramah Perdana sempena sambutan Maal Hijrah di Masjid Usamah Bin Zaid. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh yang Berbahgia Dr. Fauzi bin Deraman, Pensyarah Jabatan Pengajian Al-Quran dan Hadith Universiti Malaya
berikut adalah candid camera sepanjang program tersebut
wallahua'alam...putra al-amin
berikut adalah candid camera sepanjang program tersebut
wallahua'alam...putra al-amin
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid