Search This Blog

Friday, April 30, 2010

KeMaaFan Kami LuhuRkan Dari Hati Yang IkhlaS....

Seperti mana yang diketahui para jemaah sekalian bahawa pada 29 April 2010 akan diadakan kuliah bulanan khas yang akan disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Madya Mohamad Kamil bin Ab. Majid Pensyarah Universiti Malaya yang bertajuk Ancaman Ajaran Sesat.

Sehubungan itu, kami dari Pihak Masjid Usamah Bin Zaid memohon beribu kemaafan di atas segala kesulitan di atas ketidakhadiran beliau ke masjid ini di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Manusia hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukan segala-galanya..

Kami memohon kemaafan sekali lagi kepada Jemaah semuanya....^_^

Wallahua'alam...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, April 23, 2010

"SKIM KIFALAH USAMAH" Takaful Khairat Kematian Berkelompok Oleh Takaful Ikhlas

Jemaah wanita yang tekun dan sentiasa memberikan penumpuan sepenuhnya...perhatikan mereka..


Skim Ini telah dibentangkan oleh Che Nor bin Ismail, Unit Manager Annukbah Agency Takaful Ikhlas..

Gambar kenangan bersama penceramah

MajliS PeNutupan Kursus Pemantapan IMam-ImaM Masjid Seluruh W.P Kuala Lumpur




Y.Bhg Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Zainal Abidin bin Jaafar turut hadir untuk Majlis Penutupan tersebut...

Diantara Para peserta yang mendengar saranan dan nasihat dari Timbalan Pengarah JAWI...

Thursday, April 22, 2010

Hari Penilaian Imam-Imam...........






Para Imam-Imam yang sedang diuji bacaan mereka....bersama tuan-tuan guru yang berpengalaman dan hebat!!!..........semoga menjadi manfaat untuk Imam-Imam semua...

Tuesday, April 20, 2010

PaHLawaN-Pahlawan DiseBalik Program dan Aktiviti MasJid UsamaH bin ZaID..



Wajah-wajah yang sentiasa menjadi tulang belakang disebalik aktiviti dan program di Masjid Usamah Bin Zaid.....Semoga sentiasa diberikan kekuatan Minda dan Fizikal demi kesejahteraan Dunia dan Akhirat...Amin...

KaKiTaNgaN PaLinG RaMai HadIr Ke MaSJid UsaMaH Bin ZaiD

Alhamdulillah..Bahagian Pengurusan Kariah JAWI sedang mengadakan Kursus Peningkatan Imam-Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diadakan di bilik kuliah 2 Masjid Usamah Bin Zaid...Semoga Imam-Imam kita lebih MANTOP selepas ini...Amin ^^

Setelah setahun lebih beroperasi, kehadiran kakitangan JAWI paling ramai hadir ke Masjid Usamah Bin Zaid...perhatikan longgokan parkir motorsikal dan kereta di situ....

Kakitangan yang hadir terdiri daripada semua pegawai-pegawai masjid di sekitar Kuala Lumpur..akhirnya kalian bertemu jua Masjid Usamah Bin Zaid

Salah seorang kakitangan Masjid Usamah Bin Zaid menyertai Kursus tersebut...khusyuk dan tawadduk...^_^


Salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Usamah Bin Zaid Us. Hilmee Umar yang merupakan pengelola Kursus tersebut...

Monday, April 19, 2010

Hari Ini DaLaM SejaRah 19 April 2010








Alhamdulillah pada hari ini salah seorang insan telah memeluk agama islam..telah dipimpin oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid Us. Norhajj disaksikan oleh Us. Mohd Noor Biggs serta Abg Yusof....yg sempat sertainya juga jurugambar us.Remy ^_^

Kemuncak Program Kesihatan Sessi 2010M / 1431H



Antara yang terlibat sempena Program Kesihatan...Check jangan tak Check ^_^

Alat berbekam yang dicuba sendiri oleh Us.Murshidi Chief Imam Masjid Usamah Bin Zaid..Baik-baik pegang ^^....

Dr. Jamaludin sedang membekam salah seorang Jemaah Masjid Usamah Bin Zaid yang merupakan orang pertama yang mencuba sunnah ini..Tahniah Tuan!!!

salah seorang kakitangan Masjid Usamah Bin Zaid yang mencuba sunnah ini iaitu Us.Nashul...Macam best jer...

siap dukung anak lagi...antara tetamu yang hadir Us.Termizi bersama keluarganya...

Kehadiran kakitangan-kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...ada diantara mereka telah bertugas dengan kerja mulia ini melebihi 10 tahun...hebat kan!!! mesti tabah dan penuh kesabaran mereka ini

BerBekaM....Sebuah Sunnatullah

Kali ini Pengerusi Masjid ialah Us. Norhajj merupakan Sayap Kanan Bagi Masjid Usamah Bin Zaid..

Penceramah Berbekam disampaikan oleh Dr. Jamaluddin merangkap Pengetua Aura Metafizik...banyak perkongsian yang beliau sampaikan

Penyampaian yang berjaya memukau para jemaah...

Adakah Anda Benar-Benar Sihat....??

Ceramah Mengenai Kesihatan Umum ini telah disampaikan oleh KAPT DR MOHD AZHAR BIN KARDI
PEGAWAI PERUBATAN HOSPITAL ANGKATAN TENTERA TUANKU MIZAN..begitu banyak perkongsian terutamanya mengenai pemakanan seharian kita dan penjagaan diri..

Ibunda dan para jemaah muslimat yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan terhadap aktiviti masjid....semoga teruskan memberi sokongan yer..^^

diantara kakitangan dan jemaah yang mengambil peluang untuk bergambar bersama penceramah...

PeMbUNuH SeNyap....Kanser

Baru-baru ini Mejar Dr. Shahril Kamal bin Shafie daripada Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan telah memberikan penerangan dan ceramah mengenai Kanser.^^

Jemaah tetap Masjid Usamah Bin Zaid yang sentiasa memberikan sokongan kepada program pengimarahan Masjid..May Allah Bless U All yer...^_^

orang kuat Masjid Usamah Bin Zaid yang sentiasa memberikan perhatian didalam majlis ilmu...

Gambar kenangan bersama penceramah oleh Us.Murshidi ( yang berbaju melayu krim ) dan Us.Norhajj ( yang berbaju merah )...semoga menjadi kenangan yang kekal abadi..

SAYANGI MATA ANDA ^_^

Gambar-gambar indah....^^

Penyampaian Indah oleh Ustaz Ihsan sebagai Pengerusi Majlis Pada Ceramah tersebut

Ceramah mengenai Mata telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Dr Mohd Mansor Shariff
Pakar Mata Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan...satu perkongsian yang hebat oleh beliau mengenai mata...

Diantara para jemaah yang memberikan perhatian sepenuhnya...diharap ianya memberikan manfaat dan keprihatinan yang lebih kepada mata anda yea!!!!
Semoga memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada kita semua...Amin...

Tuesday, April 13, 2010

kencing manis (Diabetes mellitus)

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.

Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.

Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.
Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-

1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.
2. Sering ketandas.
3. Terasa badan lemah.
4. Berat badan turun dengan cepat.
5. Penglihatan semakin kabur.
6. Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal.

Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat(nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan penyakit lain seperti:-

* Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.
* Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.
* Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.
* Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.
* Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.
* Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.
* Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.
* Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi.

Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.

Golongan berisiko tinggi.
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

* Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
* Mereka yang berat badan agak tinggi
* Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
* Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Masalah pengidap Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :-

* Kegagalan buah pinggang
* Serangan jantung
* Kebutaan / Katarak
* Koma (hilang kesedaran)
* Angin ahmar (strok)
* Sakit saraf atau "mati pucuk"
* `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk

Mengesan kencing manis

Kencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disureh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

CERAMAH KESIHATAN 3 SERANGKAI....

Ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr Edi Sazaly Bin Syed Hidzir

gambar kenangan Ketua Imam bersama pencceramah dihadapan dewan solat mubz

Monday, April 5, 2010

KEJOHANAN MEREBUT PIALA YDP PPMWP..



Hadiah tempat kadua bagi kumpulan A turut disandang oleh wakil pusat zon 4 yang kebanyakkannya diwakili oleh kakitangan Masjid Usamah Bin Zaid

hadiah tempat keseluruhan juga menjadi milik pusat zon 4 yang dapat megekalkan momentum permainan sehingga ke final dengan tanpa kekalahan.

Piala yang menjadi idaman semua pemain pada kejohanan Futsal Piala PPMWP yang dianjurkan pada 03/04/2010 Sabtu yang lalu.

pingat jasa setia negara.. turut disediakan untuk pemain yang memenangi perlawanan

sebahagian daripada Team Arif FC yang turun sebagai team underdogs

penganjur sedang memberi taklimat kepada pemain berkaitan peraturan yang telah ditetapkan oleh pemain pada perlawanan futsal.turut serta dalam kejohanan futsal ini ialah KPP Kariah Us Mamat bin Said sebagai penyeri dan perasmi.

sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan futsal Piala YDP PPMWP ini.

simbolik sebagai tanda perasmian kejohanan Futsal telah disempurnakan Oleh Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Us. Roslan.

terpapar keletihan di wajah salah seorang superstar MUBZ yang telah banyak menyumbang dan memberi semangat kepada pasukan.

Kemudahan Terbaru

Kemudahan Terbaru
untuk sebarang aktiviti masjid usamah bin zaid